suria

Barcelona Antara Kelab Mahu Mendapatkan Paul Pogba

EJEN Paul Pogba memberi amaran kepada kelab Liga Perdana Inggeris bahawa Barcelona antara pasukan yang akan merebut mendapatkan pemain tengah Juventus itu pada musim depan.

Chelsea merupakan pasukan dari Liga Perdana Inggeris yang gagal dalam bidaan untuk mendapatkan bekas pemain Manchester United itu sebelum ini.

Mino Raiola mendakwa, pasukan yang berebut untuk mendapatkan Pogba perlu membuat tawaran sebanyak £71 juta kerana itu harga yang ditetapkan Juventus.

Pogba antara pemain muda yang menjadi rebutan kelab ternama dunia selepas dia berjaya membantu kelabnya ke final Liga Juara-Juara Eropah.

"Setakat ini, pemain muda itu membuat keputusan untuk kekal di Juventus sekurang-kurangnya untuk setahun lagi.

"Setakat ini, pemimpin tertinggi Barcelona telah menemui Juventus, tetapi belum ada sebarang perbincangan serius kerana mereka didenda untuk membeli pemain sehingga Januari tahun depan," jelasnya.

Barcelona, Paul Pogba

Artikel Sebelum

Keputusan Bundesliga

Artikel Lain