suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Carneiro Kemuka Notis Pampasan Pemberhentian Tugas Kepada Chelsea

Eva Carneiro.

PEGUAM kepada bekas doktor skuad Chelsea, Eva Carneiro menyerahkan notis kepada kelab tersebut bahawa wanita itu berhasrat mendapatkan pampasan berhubung pemberhentian tugasnya.

Difahamkan kertas tuntutan itu telah diserahkan kepada Chelsea pada minggu ini.

Kes tersebut akan mencetuskan tribunal pekerjaan kecuali penyelesaian di luar mahkamah boleh dicapai sebelum perbicaraan dimulakan.

Peguam Carneiro menyerahkan kertas tuntutan tersebut selepas gagal mencari jalan penyelesaian dengan Chelsea setakat ini.

Tempoh tiga bulan notis tuntutan tersebut akan berakhir pada 8 November ini.

Satu prosiding tribunal pekerjaan akan diadakan di khalayak ramai dan boleh menjejaskan nama baik kelab tersebut.

Oleh itu, kebanyakan kes seperti ini sering diselesaikan di luar mahkamah.

Terdahulu, Chelsea berkata mereka tidak boleh memberikan sebarang komen berhubung perkara membabitkan urusan dalaman kakitangannya.

Carneiro digugurkan daripada tugasnya bersama skuad utama pada 8 Ogos selepas beliau dan pakar fisio, John Fearn dikritik pengurus Jose Mourinho kerana bergegas turun padang untuk memberikan rawatan kepada Eden Hazard.

Pemain itu terpaksa meninggalkan padang buat seketika menyebabkan Chelsea beraksi dengan hanya sembilan pemain.

Eva Carneiro, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain