suria

Piala Liga: Chelsea Tersingkir 4-5 Penentuan Penalti

Penjaga gol Chelsea, Asmir Begovic gagal mempertahankan gawang apabola pemain Stoke City, Jonathan Walters berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan pusingan keempat Piala Liga antara Stoke City dan Chelsea di Stadium Britannia di Stoke on Trent, England, awal pagi Rabu.

STOKE City berjaya menyingkirkan Chelsea dari perlawanan Piala Liga dengan kemenangan 5-4 melalui penentuan penalti di Stadium Britannia di Stoke on Trent, England, awal pagi Rabu.

Kedua-dua pasukan mencatatkan jaringan seri 1-1 pada masa sebenar perlawanan.

Chelsea dilihat lebih menguasai permainan pada babak pertama. Mereka memperkuatkan ancaman ke pertahanan Stoke City menerusi pergerakan pemain-pemain seperti Diego Costa, Oscar dan Ramires.

Bagaimanapun, pasukan anak didik Jose Mourinho gagal menggunakan beberapa peluang untuk menjaringkan sebarang jaringan.

Tiada sebarang jaringan sehingga 45 minit separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, pasukan tuan rumah membuka jaringan awal menerusi aksi Jonathan Walters pada minit ke-52.

Gol Walters berhasil menerusi bantuan Glenn Whelan dengan peluang yang tidak dapat ditangkas penjaga gol Chelsea, Asmir Begovic.

Chelsea yang ketinggalan dengan 0-1, cuba meningkatkan kekuatan serangan. Mereka terus memberi tekanan dalam pertahanan Stoke City menerusi aksi Oscar dan Willian.

Usaha berkenaan tidak sia-sia apabila Chelsea mampu menyamakan kedudukan melalui gol yang diraih Loic Remy. 

Sepakan jarak dekat pemain kelahiran Perancis begitu mudah membolosi gawang lawan yang dikawal Jack Butland.

Pada masa kecederaan, pemain Stoke City, Phillip Bardsley disingikirkan oleh pengadil apabila dilayangkan kad kuning kedua.

Skor kekal 1-1 menjadikan waktu permainan dilanjutkan.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan tidak mampu untuk mencatatkan gol pada masa yang dilanjutkan. 

Stoke City akhirnya menang setelah memperoleh saingan penalti 5-4 ke atas Chelsea.  Keputusan itu sekali gus menyingkirkan Chelsea dari Piala Liga.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Piala Liga, Rabu

Artikel Lain