suria

Johan Cruyff Didianogsis Mengidap Kanser Paru-Paru

JOHAN Cruyff yang terkenal sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman dan juga salah seorang jurulatih berpengaruh disahkan mengidap penyakit kanser paru-paru.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman rasmi miliknya, (www.cruyff.com) pada Khamis berkata, keputusan ujian pemeriksaan yang diadakan di Barcelona mengesahkan ia adalah kanser paru-paru.

“Sejak beberapa minggu lalu, Johan Cruff berulang-alik menjalani latihan di hopsital Barcelona. Ujian pemeriksaan kesihatan akan diteruskan,” jelas kenyataan tersebut.

“Bagi menghormati kehidupan peribadi Johan dan keluarganya, keputusan penuh ujian tersebut tidak dapat didedahkan dan tiada pengumuman terbaharu setakat ini.”

Cruyff pernah menjalani pembedahan jantung pada tahun 1991 dan merupakan bekas perokok.

Dia pernah membantu kelab Ajax Amsterdam dengan tiga trofi  Piala Eropah 1971-71 malah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Eropah untuk tiga kali, 1971, 1973 dan 1974.

Cruyff ,68,  menyertai Barcelona dengan rekod perpindahan dunia ketika itu bernilai $2 juta dan selepas itu menjadi jurulatih di Catalan dengan meraih gelaran pertama La Liga pada tahun 1974.

Dia dianggap kunci utama pasukan Belanda dengan membawa negaranya mara ke Piala Dunia 1974 buat julung kalinya.

Malah peminat-peminat Cruyff memangilnya dengan gelaran ‘Cruyff turn’ "player with the ball plays it behind their own leg before swerving away in the direction of the ball".

Pasukan Belanda juga turut mara ke final Piala Dunia, namun tewas sekali lagi pada tahun 1978.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain