suria

Terbuka Perancis: Kien Kiat/Boon Heong Tersingkir

KUALA LUMPUR: Bekas naib juara beregu dunia 2010 Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong terkeluar daripada kejohanan Terbuka Perancis 2015 selepas kalah dalam pusingan kedua.

Mereka kalah 21-14, 19-21, 16-21 kepada pilihan kelima kejohanan Hiroyuki Endo/Kenichi Hayakawa dari Jepun pada Khamis (Jumaat di Malaysia).

Turut terkeluar ialah pemain nombor satu wanita negara Tee Jing Yi yang kalah 17-21, 21-8, 21-14 kepada pemain muda Indonesia, Maria Febe Kusumastuti juga di pusingan kedua, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org.

Kini hanya tinggal jaguh lelaki perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei untuk meneruskan cabaran yang menawarkan hadiah wang tunai US$275,000 (RM1,185 juta) dalam kejohanan di Stade Pierre de Coubertin, Paris.

Chong Wei akan bertemu pemain veteran Jepun Sho Sasaki di suku akhir lewat Jumaat. - BERNAMA


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain