suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Van Gaal Dakwa Martial Bodoh

LOUIS Van Gaal menyifatkan Anthony Martial sebagai bodoh apabila menghadiahkan sepakan penalti kepada CSKA Moscow dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi Khamis.

Pasukan tuan rumah, CSKA dihadiahkan penalti selepas Martial menyentuh bola menggunakan tangan pada minit ke-15, sekaligus memberi ruang kepada lawan mendahului 1-0.

Van Gaal bagaimanapun mengakui gembira dengan aksi penyerang berusia 19 tahun itu yang turut menghasilkan gol penyamaan buat United.

Jaringan Martial berjaya menyelamatkan United daripada tewas tipis dalam perlawanan tersebut.

"Martial adalah seorang manusia. Dia mampu bertindak balas dan tindak balas itu kelihatan bodoh. Tetapi tindakan sebaliknya juga berlaku (jaringkan gol).

"Dia berkata itu tindakan pertama kali dibuat (menghadiahkan penalti kepada lawan). Tetapi saya gembira dengan aksinya secara keseluruhan," jelas jurulatih kelahiran Belanda itu.

Manchester United, CSKA Moscow

Artikel Lain