suria

Seri 0-0, Mourinho Salahkan Pengadil

JOSE Mourinho hanya mampu  menyalahkan pengadil apabila anak didiknya gagal menewaskan Dynamo Kiev dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi Rabu.

Pengendali Chelsea itu menyalahkan pengadil dari Slovenia, Damir Skomina yang tidak menhadiahkan sepakan penalti ketika Serhiy Rubalka mengasari Cesc Fabregas.

Jurulatih kelahiran Portugal itu melabelkan pengadil perlawanan sebagai lemah dan naif.

Tindakan Mourinho itu seakan tidak insaf dengan hukuman yang dikenakan terhadapnya oleh FA England beberapa hari lalu kerana mengkritik pengadil dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

"Pengadil kelihatan lemah dan naif. Ia adalah penalti. Apabila keputusan 0-0, tindakan tidak memberikan penalti merupakan sesuatu yang besar.

Selain itu, Mourinho turut kelihatan tidak selesa dengan beberapa pemain yang masih tidak mempamerkan aksi sebenar di atas padang.

Chelsea, Liga Juara-Juara Eropah

Artikel Berikut

Artikel Lain