suria

Tiada Sebarang Perbincangan Ke Manchester United - Muller

Muller (kiri) bersama Van Gaal ketika pengurus itu mengendalikan Munich sebelum ini.

PENYERANG Bayern Munich, Thomas Muller dilihat tidak akan berpindah ke Manchester United memandang tiada sebarang perbincangan berkaitan perkara tersebut.

Pemain pasukan juara Piala Dunia itu dikaitkan akan berhijrah ke aksi Liga Perdana Inggeris apabila pengurus Louis van Gaal mensasarkan pemain Jerman itu sebagai keutamaan mereka.

Bos di United itu pernah bekerjasama dengan Muller di Bayern Munich dan merupakan individu yang bertanggungjawab membenarkan pemain berusia 26 tahun itu beraksi di kelab Bavaria tersebut.

Presiden Bayern, Karl-Heinz Rummenigge mendakwa kelabnya tidak akan menjual Muller dan pemain itu dianggap sebagai pemain legenda.

"Saya dengar apa yang Rummenigge beritahu dan ia merupakan sesuatu yang baik bagi saya.

"Dalam bola sepak tidak ada apa-apa yang boleh menjadi jaminan tetapi saya telah menandatangani kontrak selama empat tahun dan apabila saya masuk ke padang, saya mendengar penyokong-penyokong  memanggil nama saya. Ia sangat istimewa," jelas Muller.

Dalam pada itu Rummenigge telah meminta Naib Presiden Eksekutif United, Ed Woodward agar berhenti menghantar email berkaitan Muller kepadanya.

"Sudah jelas. Saya hanya ketawa dan ia sesuatu yang bagus. Kelab, terutama Rummenigge  telah menunjukkan penolakan yang jelas, jadi tidak ada apa-apa yang perlu dibincangkan," jelas Muller. 

Artikel Lain