suria

Klopp Pengurus Baharu Liverpool

Klopp kini sah milik Liverpool.

LIVERPOOL menamakan bekas pengurus Borussia Dortmund, Juergen Klopp sebagai pengurus baharu kelab itu bagi menggantikan Brendan Rodgers.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusan kelab tersebut pada Khamis.

Pengurus berusia 48 tahun itu sudah menandatangani kontrak untuk mengambil alih tugas Rodgers yang dipecat.

Beliau akan diperkenalkan kepada umum dalam satu sidang media pada Jumaat.

Kontrak bernilai 15 juta pound (RM96.4 juta) itu bakal menyaksikan Klopp kekal di Anfield selama tiga tahun.

Malah jika dicampurkan dengan bonus, Klopp bakal menjadi pengurus ketiga yang menerima gaji paling tinggi, di belakang Jose Mourinho (Chelsea) dan Arsene Wenger (Arsenal) dalam bola sepak England.

Klopp yang tidak mempunyai sebarang komitmen bersama kelab lain sejak Mei lalu menamatkan kontraknya selama tujuh tahun di Dortmund.

Beliau dijangka akan membawa masuk Zeljko Buvac dan Peter Krawietz, bekas pembantunya di kelab Bundesliga itu ke Anfield.


Liverpool, Juergen Klopp

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain