suria

F1: Alonso Kekal Bersama McLaren Sehingga 2017

FERNANDO Alonso menegaskan akan terus berlumba untuk pasukan McLaren sehingga 2017 biarpun mengalami kekecewaan pada aksi musim ini.

Ketika aksi Grand Prix Jepun dua minggu lalu, Alonso meluahkan kekecewaannya menerusi radio pasukan apabila dia mudah dipintas pelumba lain walaupun menggunakan kuasa Honda yang dikenali enjin  'GP2'.

Berikutan dengan situasi tersebut, timbul persoalan  kemungkinan Alonso akan meninggalkan McLaren.

Namun persoalan itu dijawab Alonso di laman Twitternya menjelaskan dia akan terus bersama McLaren.

Pada Khamis, persoalan yang sama juga timbul dan Alonso menjawab: "Ya. Sudah tentu. Dan '17".

Dan Alonso berkata, perbualan di radio sepatutnya menjadi rahsia pasukan agar tidak menimbulkan situasi 'panas' ketika itu.

"Jelas sekali kami melalui musim yang positif bersama pasukan, jentera dan kami juga berdepan dengan masa sukar. 

"Apa yang sahaja yang dibualkan di radio adalah perkara peribadi kerana kamu bercakap mengenai pasukan sendiri, bukannya dengan orang luar. Namun secara keseluruhannya, kami tetap positif setiap masa.

"Sesuatu yang normal dan mudah jika bercakap dengan pasukan mengenai jentera, keadaan sukar atau perasaan kecewa.

"Tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini, sukan ini amat unik. Kami mempunyai mikrofon di topi keledar dan ia turut ditayangkan di televisyen. Bayangkan jika ia ada dalam sukan bola keranjang (NBA), bola sepak atau acara lain yang sama dengan kami. 

"Jadi ia adalah perkara normal dan sekadar perbualan dengan pasukan sendiri bagi meluahkan perasaan kecewa terhadap jentera," jelas Alonso mengenai perbualannya di radio pasukan baru-baru ini.

Fernando Alonso, McLaren

Artikel Sebelum

Artikel Lain