suria

Chelsea Tidak Akan Pecat Mourinho - Ancelotti

CARLO Ancelotti menjangkakan Chelsea akan bersabar menunggu Jose Mourinho meneruskan tugasnya sebagai jurulatih sehingga akhir musim ini.

Bekas jurulatih Chelsea itu mendakwa demikian selepas Mourinho tidak dipecat walaupun skuad berkenaan tewas dalam banyak perlawanan sejak awal musim ini.

Sejak permulaan Liga Perdana Inggeris musim ini, Chelsea tewas dalam empat perlawanan dan menang dua - meskipun bergelar juara liga musim lalu.

Berikutan itu, skuad berkenaan kini menghuni kedudukan ke-16 dengan ketinggalan 10 mata berbanding pendahulu liga.

Ancelotti selain itu turut menolak dakwaan bahawa dia akan kembali ke Stamford Bridge pada musim ini bagi menggantikan Mourinho.

"Mourinho akan meneruskan tugasnya. Saya tidak fikir Chelsea akan membuat pertukaran," kata jurulatih kelahiran Itali tersebut.

Ancelotti pernah membawa Chelsea menjuarai Liga Perdana Inggeris dan Piala FA pada 2010 sebelum dipecat pada 2011.

Selain itu, dia juga antara nama yang disebut bakal membimbing Liverpool selepas Brendan Rodgers dipecat.

Bagaimanapun tugas berkenaan bakal diserahkan kepada jurulatih kelahiran Jerman, Jurgen Klopp.

Chelsea, Jose Mourinho

Artikel Berikut

Artikel Lain