suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jurgen Klopp Janji Bawa Liverpool Ke Kelompok Teratas Liga

JURGEN Klopp dilapor telah memberitahu pemilik Liverpool, dia mampu membawa skuad berkenaan kembali ke kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

Malah Klopp juga tidak perlukan pemain baharu selain perubahan kecil pada jendela pemindahan Januari kerana Brendan Rodgers telah membawa masuk 18 pemain baharu sejak setahun lalu.

Jurulatih kelahiran Jerman itu juga akan berusaha menggilap bakat muda Liverpool yang dilupakan Rodgers sebelum ini.

Klopp yang telah membuat kajian teliti mengenai skuad Liverpool ketika ini yakin mampu menggunakan pemain yang ada dan diimbangi dengan tonggak muda untuk kembali ke kelompok empat teratas liga.

Dia dilapor telah melakukan perkara sama ketika mula mengambil alih Borussia Dortmund pada 2008 sebelum muncul juara Bundesliga.

Selain itu, Klopp juga memberitahu dia meminati bakat yang ada pada Roberto Firmino yang dibeli dari Hoffenheim sebanyak £29 juta.,

Jurgen Klopp, Liverpool

Artikel Berikut

Artikel Lain