suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berdych Rangkul Trofi Terbuka Shenzhen

Berdych menjulang trofi yang dimenanginya.

TOMAS Berdych merangkul gelaran ATP ke-11 dalam kariernya selepas menewaskan Guillermo Garcia-Lopez dari Sepanyol 6-3 7-6 (7) pada aksi final Terbuka Shenzhen, malam Isnin.

Ia adalah kemenangan ATP pertama Berdych pada tahun ini sejak memenangi Terbuka Stockholm, tahun lalu.

Perlawanan final itu terpaksa ditangguhkan ke Isnin berikutan hujan lebat di negara itu pada Ahad.

"Perlawanan pada tiga hari terakhir amat mencabar terutamanya menguji ketahanan mental.

"Saya cuba melakukan yang terbaik. Saya bangga dengan diri sendiri kerana merealisasikan impian tersebut. Perlawanan ini bukan mudah," katanya.

Berdych turut mara ke tiga aksi final pada tahun ini iaitu Terbuka Qatar, Terbuka Rotterdam dan Monte Carlo Masters, namun tewas.



Tomas Berdych, Terbuka Shenzhen

Artikel Sebelum

Artikel Lain