suria

Koleksi Terbaru Adidas Ilham United Julang Piala FA 1985

Dari kiri: Gary Bailey, Kevin Moran dan Norman Whiteside meraikan kemenangan Manchester United terhadap Everton.
ADIDAS telah menyemarakkan kembali semangat tahun 1980-an dengan memperkenalkan koleksi inspirasi kit asal, di mana Manchester United menjulang Piala FA pada 1985.

United menewaskan Everton 1-0 di Wembley menerusi Norman Whiteside pada masa tambahan, sekali gus membawa pasukan itu yang menyarung jersi dengan jalur Adidas menjulang trofi dengan penuh bergaya.

Berilhamkan detik-detik itu, Adidas yang juga penaja kit United telah mengeluarkan koleksi 11 item yang terdiri daripada baju-T dan jaket.



Pakaian ini direka berdasarkan jersi warna merah pemain dan hijau yang dipakai oleh penjaga gol pada perlawanan itu, menggabungkan ciri-ciri reka bentuk seperti kolar V dan tiga jalur di bahagian lengan.



Lebih 100,000 peminat berada di Wembley dan nama stadium ikonik itu tertera pada koleksi United yang baharu diperkenalkan ini.

United, yang diuruskan oleh Ron Atkinson pada masa itu, memenangi perlawanan akhir walaupun Kevin Moran dibuang padang kerana mengasari Peter Reid, lewat separuh masa kedua.



Everton telah mengejar Treble dalam gelaran liga, Piala FA dan Piala Pemenang-Pemenang Eropah tetapi ia tidak menjadi kenyataan.

Ini adalah kali keenam United menang Piala FA dan sejak itu mereka telah menang lima kali pada tahun 1990, 1994, 1996, 1999 dan 2004.

Koleksi Adidas Original Manchester United ini boleh didapati di kedai-kedai pada 1 Oktober dengan harga antara £28 dan £62.

Artikel Lain