suria

Liga Jerman: Lewandowski Catat Lima Gol Dalam Tempoh 9 Minit

Robert Lewandowski
BERDEPAN dengan Wolfsburg bukan mudah buat Bayern Munich dalam aksi Liga Jerman awal pagi Rabu yang menyaksikan mereka ketinggalan 1-0 pada babak pertama permainan.

Namun, keputusan pengurus kelab, Pep Guardiola memasukkan Robert Lewandowski  pada separuh masa kedua seperti ‘magis’ apabila pemain Poland itu merekodkan lima gol dalam tempoh sembilan minit.

Lewandowski menjaringkan gol pada minit ke-51,52’,55’,57 dan gol kelima pada m-60’. Jaringan tersebut memberi kemenangan 5-1 kepada Bayern Munich.


Guardiola mengakui dia sendiri tidak percaya dengan apa yang dilihatnya itu.

“Saya tidak faham dengan ini, lima gol! Saya tidak pernan menyaksikan adegan seperti ini, malah mungkin juga kepada jurulatih lain. “Lima gol bertemu Wolfsburg bukan mudah. Saya sangat,sangat gembira dengan Robert.

"Keyakinannya amat penting demi masa depan kami," jelas Guardiola.

Aksi luar biasa Lewandowski itu menyaksikan dia berjaya memecah rekod jaringan terpantas hatrik dalam aksi Liga Jerman yang dirakamkan oleh Michael Tonnies ketika MSV Duisburg menentang Karlsruher pada Ogos 1991.

Bagaimana jaringan terpantas Lewandowski itu bukanlah sesuatu yang baharu memandangkan sebelum ini dia turut melakukan hatrik dalam tempoh tiga minit untuk negaranya pada kelayakan Euro 2016 bertemu Georgia.

Artikel Sebelum

Costa Digantung Tiga Perlawanan

Artikel Berikut

Keputusan Piala Liga

Artikel Lain