suria

Doktor Wanita Kontroversi Chelsea Akhirnya Letak Jawatan

Dr Carneiro (kanan) dan Fearn memberi rawatan kepada Hazard sekaligus menimbulkan kemarahan Mourinho 8 Ogos lalu.

DOKTOR wanita kelab bolasepak Chelsea, Eva Carneiro yang mencetuskan kemarahan Jose Mourinho apabila dia berlari masuk ke padang untuk merawat Eden Hazard sewaktu pasukannya hanya bermain dengan 10 orang pemain sahaja akhirnya meletak jawatan.

Sejak insiden 8 Ogos itu berlaku, Dr Eva Carneiro telah diharamkan oleh Mourinho daripada mengikuti skuad utama dalam apa jua perlawanan termasuk di padang latihan.

Carneiro kini dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Chelsea kerana menghalangnya daripada menjalankan tugasnya sebagai pegawai perubatan pasukan itu.

Insiden dia dimarahi Mourinho di hadapan penonton dalam perlawanan pembukaan liga antara Chelsea dengan Swansea itu telah menjadi viral dalam laman sosial dan media-media utama Britain apatah lagi selepas itu dia disingkirkan sebagai staf perubatan skuad utama.

Mourinho juga dikritik hebat kerana dilihat sebagai membuli seorang kakitangan wanita dengan kata-kata kesat dan menghina sedangkan doktor itu hanya menjalankan tugasnya sebagai doktor pasukan ketika pemain dilanda kecederaan di atas padang.

Dr Carneiro tidak menjelaskan apakah yang akan dilakukannya selepas meletakkan jawatan sebagai pegawai perubatan Chelsea.


Eva Carneiro, Jose Mourinho, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Costa Digantung Tiga Perlawanan

Artikel Lain