suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Futsal Wanita AFC: Chun Yong Gesa Skuad Negara Lebih Fokus

Pemain-pemain Malaysia meraikan kemenangan 9-4 ke atas UZbekistan pada aksi pertama peringkat kumpulan pada Isnin.

PETALING JAYA: Pasukan futsal wanita negara perlu memberi fokus pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan A bertemu Hong Kong pada aksi Kejohanan Futsal Wanita AFC 2015 yang kini berlangsung di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan.

Skuad bimbingan Chiew Chun Yong ini berjaya melakar kemenangan besar 9-4 ke atas Uzbekistan dalam aksi pertama pada Isnin.

Menurut Chun Yong, keputusan besar pada aksi pembukaan itu merupakan kemenangan pertama ke atas Uzbekistan.

Bagaimanapun dia tidak mahu pemain-pemainnya lalai pada aksi penting petang Selasa.

"Bahagian pertahanan perlu diperbaiki lagi apabila mereka gagal menyekat serangan lawan sehingga menyebabkan gol.

"Mereka juga perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada permainan agar tidak hilang fokus," jelasnya kepada mStar Online.

Tambah Chun Yong, aksi kedua ini amat penting bagi memastikan kedudukan skuad negara lebih selesa untuk mara ke peringkat seterusnya.

"Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke saingan separuh akhir. Jadi saya harap pemain-pemain tidak melepaskan peluang untuk mencatat kemenangan bertemu Hong Kong nanti.

"Saya akui pemain-pemain Hong Kong mempunyai kelebihan tersendiri dari segi fizikal, malah mereka mempunyai tahap kelajuan yang baik," jelasnya.

Selain itu, Chun Yong yakin Hong Kong akan cuba mencari kemenangan selepas tewas 6-0 kepada Iran pada aksi pertama.

Kejohanan Futsal Wanita AFC ini diadakan buat julung kalinya dan Malaysia dipilih sebagai tuan rumah bermula 21 hingga 26 September ini.

Artikel Lain