suria

Rooney Sasar Gawang Liverpool

Wayne Rooney sasar gawang Liverpool pada perlawanan di Old Trafford, Ahad ini.

MANCHESTER: Wayne Rooney yang gagal menyumbang gol untuk kelabnya sepanjang 10 perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris meletakkan sasaran untuk meledak gawang Liverpool pada perlawanan di Old Trafford, pagi Ahad ini.

Kapten skuad kebangsaan itu muncul penjaring gol terbanyak England dalam sejarah dengan 50 gol apabila menyempurnakan sepakan penalti ketika menang 2-0 ke atas Switzerland awal pagi Rabu.

“Saya kembali ke Manchester, kembali berlatih dan mula fokus untuk berhadapan Liverpool.

“Tiada perlawanan yang lebih bagus berbanding Liverpool di laman sendiri. Kami harus menang perlawanan ini dan saya tidak sabar menantinya," katanya lagi.

Rooney turut menjaringkan gol ketika membenam San Marino 6-0 sekali gus membantu England memastikan tempat ke pusingan akhir Euro 2016 di Perancis, bagaimanapun belum bernasib baik menyumbat gol ketika beraksinya mewakili United.

Sementara itu, Ander Herrera mengakui pemain tengah United perlu menyumbang gol bagi mengurangkan tekanan buat Rooney dan pemain baru Anthony Martial.

“Kami tidak mahu membebankan Wayne atau Anthony Martial. Kami perlu membantu. Adalah penting sebagai pemain tengah untuk menjaringkan gol. Kami mesti membantu mereka.

“Wayne penting buat kami. Selalunya dia akan menjaringkan gol tapi apabila tidak menyumbat gol, dia akan bantu dan berjuang untuk pasukan,” jelas pemain tengah Sepanyol itu.


Wayne Rooney, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain