suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka AS: Perlawanan Separuh Akhir Wanita Disambung Semula Hari Ini

Serena Williams.

HUJAN lebat di New York memaksa perlawanan separuh akhir wanita Terbuka Amerika Syarikat (AS) ditunda pada malam Khamis ke Jumaat.

Pemain No.1 dunia, Serena Williams dijadualkan bertemu Roberta Vinci dari Itali.

Simona Halep yang juga pemain pilihan kedua kejohanan akan bertemu Flavia Penneta di Flushing Meadows.

Kedua-dua perlawanan separuh akhir kategori lelaki dan wanita kini akan berlangsung pada Jumaat.

Perlawanan wanita akan diadakan pada pukul 11 pagi (waktu tempatan) manakala kategori lelaki akan dimulakan pada pukul 3 hingga 5 petang Jumaat.

Marin Cilic akan menentang pemain pilihan utama kejohanan, Novak Djokovic manakala Roger Federer akan menentang Stan Wawrinka.

Terbuka AS, Serena Williams

Artikel Berikut

Artikel Lain