suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Paul Pogba Tolak Tawaran Chelsea, Barcelona

PAUL Pogba memberi tamparan kepada Chelsea dan Barcelona apabila mengakui akan kekal di Juventus untuk mencipta masa depan lebih baik.

Pemain tengah Perancis itu sebelum ini menjadi sasaran Jose Mourinho dan Chelsea telah membuat bidaan bernilai £54 juta kepada kelab Itali berkenaan.

Bagaimanapun, bukan setakat bidaan Chelsea tetapi Pogba turut menolak tawaran Barcelona bagi mengekalkan dirinya di Turin.

"Sekarang bukan masa terbaik untuk saya berhijrah, lebib baik saya kekal di Juventus.

"Sekarang, saya gembira di sini. Kami berjaya menamatkan musim dengan baik dan kita akan lakukannya lagi," kata pemian berusia 22 tahun itu.

Selain Chelsea dan Barcelona, Pogba turut diminati oleh Paris Saint-Germain (PSG) dan bekas kelabnya Manchester United.



Artikel Berikut

Artikel Lain