suria

Nicol Gagal Ke Separuh Akhir Terbuka China

Datuk Nicol David
KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David tersingkir daripada Kejohanan Terbuka China selepas kalah kepada pemain remaja Mesir, Nouran Gohar pada saingan suku akhir di Shanghai, China, Jumaat.

Pada perlawanan dalam gelanggang kaca di Hotel Peninsula, Nicol, yang baru sahaja hilang status sebagai pemain nombor satu dunia, kalah 3-1 kepada pemain berusia 17 tahun itu.

Nicol, selaku pilihan utama, memulakan saingan dengan memenangi set pertama 11-9.

Bagaimanapun, Nouran, yang menghuni ranking ke-17 dunia, bangkit semula untuk mengejutkan Nicol dengan keputusan 11-8, 11-5 dan 11-8.

Sementara itu, pemain Mesir, Raneem El Welily, yang baru dinobatkan sebagai nombor satu dunia, melangkah ke separuh akhir dengan mudah apabila lawannya Annie Au dari Hong Kong menarik diri sebelum bermula set ketiga.

Raneem ketika itu mendahului dua set pertama dengan 11-2 dan 11-8.

Dalam perlawanan suku akhir lain, pemain Perancis, Camille Serme mengalahkan Sarah-Jane Perry (England) 11-7, 11-7, 11-7 manakala pemain Amerika Syarikat, Amanda Sobhy menewaskan Emma Beddoes (England) 11-4, 11-5 dan 11-8.
Terbuka China, Datuk Nicol David

Artikel Lain