suria

Kemenangan Ke Atas West Ham Rapatkan Jurang Man City-Man United

Sergio Aguero (kanan) menjaringkan gol kedua buat Manchester City ketika menentang West Ham United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad di Manchester, England. Foto AFP

MANCHESTER City merapatkan jurang dengan Manchester United yang berada di kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris kepada satu mata selepas memperoleh kemenangan 2-0 ke atas West Ham United.

Pasukan itu terus menguasai permainan seawal 20 minit apabila James Collins memberikan gol pembukaan pada minit ke-18.

Sergio Aguero pula menggandakan gol dengan penuh bergaya buat Manchester City menerusi jaringan pada minit ke-36.

Manchester City kini berada di posisi keempat dengan 64 mata, hanya satu mata menjarakkan Manchester United yang mempunyai 65 mata.

Kemenangan ke atas West Ham United sememangnya amat diperlukan oleh Manchester City selepas berada dalam keadan kucar-kacir sejak beberapa minggu.

Dengan berbaki lima permainan lagi pada musim ini, keputusan itu meletakkan mereka pada posisi yang kukuh untuk empat teratas, dengan tujuh mata ke hadapan daripada Liverpool.


Artikel Berikut

Keputusan Ligue 1 Perancis

Artikel Lain