suria

Van Gaal Tambah Kerja Pemain Man United

Louis van Gaal.

PEMAIN Manchester United yang diketuai Wayne Rooney bakal menerima latihan tambahan apabila Louis van Gaal memohon kompleks latihan AON dipasang lampu limpah.

Pemasangan lampu limpah tersebut yang telah diluluskan kelab merupakan antara pembaharuan oleh Van Gaal yang mahukan sistem latihan lebih berkesan.

Ketika mula menjejak kaki ke kompleks latihan itu, Van Gaal telah menukar rumput padang latihan.

Jurulatih kelahiran Belanda itu kemudian memasang kamera di setiap sudut untuk merakam sesi latihan supaya semua pemain dipantau dan kajian boleh dilakukan.

Dan yang terbaharu, lampu limpah akan dipasang dan ia membolehkan Van Gaal mengadaptasi corak permainan waktu malam kepada para pemain.

Seorang bekas rakan kejurulatihan Van Gaal berkata, " dia suka mengadakan latihan tertutup sebelum perlawanan sebenar berlangsung untuk menyampaikan taktikal kepada pemain.

"Dia juga percaya setiap pemain yang mengalami kecederaan akan kembali cergas dengan cepat apabila dipanggil menjalani latihan lebih kerap.

"Louis suka latihan pada waktu malam...sama seperti permainan sebenar. Perkara sama telah dilakukan ketika dia mengendali Ajax, Bayern Munich dan AZ Alkmaar.

Artikel Sebelum

Rangking Lee Chong Wei Menurun

Artikel Berikut

Artikel Lain