suria

Hazard, Kane Calon Pemain Terbaik PFA

Eden Hazard.
PEMAIN sayap Chelsea, Eden Hazard dan penyerang Tottenham Harry Kane telah dicalonkan bagi penerima Anugerah Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA).

Rakan sepasukan Hazard, Diego Costa, penjaga gol Manchester United, David De Gea, penyerang Arsenal, Alexis Sanchez dan Philippe Countinho (Liverpool) antara pemain yang turut disenarai pendek bagi merebut anugerah tersebut.

Malah, empat pemain yang sama iaitu Hazard, Kane, De Gea dan Coutinho turut dicalonkan sebagai penerima Anugerah Pemain Muda Terbaik pada tahun ini.

Harry Kane.

Turut menyertai saingan bagi merebut anugerah itu adalah penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois dan pemain Liverpool Raheem Sterling.

Hazard memenangi Anugerah Pemain Muda Terbaik pada musim lalu tetapi terlepas anugerah utama kepada bekas penyerang Liverpool, Luis Suarez.

Pada kali ini, pemain Manchester City tidak dicalonkan bagi kedua-dua anugerah tersebut walaupun Sergio Aguero antara penjaring terbanyak dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Pemain kebangsaan Argentina itu berkongsi 19 gol dengan Costa dan Kane.

Eden Hazard, Harry Kane, PFA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain