suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Napoli Hadiah Kemenangan Kepada Benitez

Hamsik meraikan jaringannya.
RAFAEL Benitez meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-55 dengan memperoleh hadiah paling bermakna apabila Napoli menewaskan Wolfsburg 4-1 pada aksi suku akhir pertama Liga Europa di Volkswagen Arena, awal pagi Jumaat.

Gonzalo Higuain meletakkan Napoli didepan seawal minit ke-15 sebelum Marek Hamsik meledak gol kedua pada minit ke-23.

Hamsik terus mempamerkan sentuhan berbisa apabila menjaringkan gol ketiga pada babak kedua.

Tandukan Manolo Gabbiadini pada minit ke-76 meletakkan Napoli di kedudukan selesa, 4-0.

Namun, Wolfsburg bangkit menerusi jaringan Nicklas Bendtner pada minit ke-80.

Benitez pernah memenangi kejohanan tersebut bersama Chelsea dan Valencia sebelum ini.

Benitez memberi arahan kepada pemainnya.

Kemenangan besar itu memberi peluang lebih cerah kepada Napoli untuk aksi timbal balik 23 April ini.

Malah, di atas kertas Napoli dilihat sebagai pasukan pilihan untuk mara ke pusingan separuh akhir.

Dalam perlawanan berasingan Sevilla bangkit untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Zenit St Petersburg di gelanggang sendiri.

Pemain tengah Denis Suarez muncul penyelamat Sevilla apabila menjaringkan gol kemenangan pasukan tuan rumah pada minit ke-87.

Terdahulu, Zenit mendahului menerusi jaringan Aleksandr Ryazantsev pada minit ke-29.

Namun, Sevilla bangkit menyamakan kedudukan menerusi sentuhan penjaring terbanyak Carlos Bacca yang menanduk masuk gol ke gawang lawan.

Sementara itu, Fiorentina sekadar terikat seri 1-1 dengan Dynamo Kiev manakala Club Brugge dan Dnipro Dnipropetrovsk seri tanpa jaringan.
Rafael Benitez, Napoli, Liga Europa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain