suria

Nasib Walcott Bersama Arsenal Masih Samar

KONTRAK penyerang Arsenal, Theo Walcott dilihat semakin menghampiri penghujung apabila tiada sebarang perbincangan diadakan dalam masa terdekat ini.

Pengurus pasukan, Arsene Wenger sebelum ini mengakui sukar untuk berunding berkenaan kontrak dengan wakil pemain itu.

Sejak tahun 2014, Walcott jarang beraksi berdepan dengan kecederaan malah penyerang England ini tidak disenaraikan dalam barisan utama kelab.

Rekod paling lama dia bermain musim ini hanyalah 18 minit ketika aksi menentang Monaco dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah.

Dalam pada itu, Liverpool dilaporkan sedang memerhati pemain ini walaupun Wenger menegaskan Walcott masih mempunyai masa depan dengan kelab ini.

"Saya yakin dia akan terus bersama pada musim depan. Walcott tetap menunjukkan prestasi yang baik selepas keadaannya kembali pulih daripada kecederaan.

"Walcott masih muda dan saya percaya pemain ini mampu bangkit kerana dia seorang yang bijak dan berkualiti. Jadi saya mahu dia terus bersama kelab ini," jelas Wenger.

Arsenal, Theo Walcott, Arsene Wenger

Artikel Lain