suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerjasama Terengganu, Singapura Wujud Pasukan Lumba Basikal Baharu

KUALA TERENGGANU: Terengganu dan Singapura menjalin kerjasama strategik dalam pembangunan sukan berbasikal dengan menubuhkan pasukan lumba basikal, 'Pro Development Project.'

Program pembangunan tersebut merupakan usahasama pertama antara kedua-duapihak itu dalam melahirkan barisan pelumba profesional pada masa depan.

Koordinator pasukan, Nasaruddin Wan Idris memberitahu Bernama pada Khamis bahawa pasukan perintis itu akan dilancarkan di Shimano Cycling World di Hab Sukan Singapura, Sabtu ini.

Beliau berkata projek pembangunan itu merupakan hasil kerjasama antara Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu (PLBNT) dan beberapa penaja dari Singapura.

Buat permulaan, katanya, enam pelumba berumur antara 16 dan 18 tahun telah dipilih bagi musim 2015 iaitu empat pelumba dari Terengganu manakala dua dari Singapura.

Beliau berkata kumpulan perintis itu akan menyertai Jelajah Persahabatan di Thailand dari 2 hingga 5 Mei ini.

Pasukan itu akan diiringi oleh pengurus pasukan, Loh Keng Wah, yang merupakan bekas pelumba kebangsaan Singapura dan ketua jurulatih Terengganu, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain