suria

Liga Juara-Juara: Barcelona Pamer Kekuatan Sebenar - Suarez

Luis Suarez (kiri) meraikan gol bersama rakan sepasukan, Neymar dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara di stadium Parc des Princes, Paris, awal pagi Khamis -foto AFP
LUIS Suarez berkata mempamerkan kekuatan sebenar menjadi faktor utama kemenangan Barcelona dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara dengan kemenangan 3-1  ke atas Paris Saint-Germain.

Suarez menyumbang dua gol pada separuh masa kedua, menambah gol pembukaan pada separuh pertama oleh Neymar, membawa La Blaugrana di kedudukan selesa sebagai pendahulu menjelang menjelang perlawanan kedua pada minggu depan.

"Kami turun ke padang dengan menumpukan perhatian dari minit pertama. Kami tahu kami terpaksa turun dan bermain dengan kekuatan sebenar, " kata Suarez selepas perlawanan itu, AS melaporkan.

"Kita tidak boleh memandang rendah terhadap PSG. Kami dipaksa untuk berlari begitu banyak.

"Dalam bola sepak anda tidak pernah tahu apa yang boleh berlaku. Mereka mempunyai banyak kualiti dan kita harus sedar bahawa permainan belum berakhir. Pusingan kedua akan menjadi permainan yang indah.

"Penyerang sentiasa mencari peluang untuk mencari gol dan saya mempunyai dua pemain yang bermain sangat baik. Tiga pemain di barisan hadapan kami boleh menduduki tiga kedudukan dan kita telah melakukannya secara selang-seli sebab itulah gol saya datang dari sebelah kanan. "
Liga Juara-Juara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Kejuaraan

Artikel Lain