suria

Alejandro Sabella Didesak Pilih Sao Paulo Atau Man City

BEKAS jurulatih Argentina pada aksi final Piala Dunia Brazil, Alejandro Sabella telah diberi tempoh selama 48 untuk memilih menyertai Sao Paulo atau Manchester City.

Kelab gergasi Brazil, Sao Paulo sebelum ini telah menawarkan kontrak sebagai pengurus kepada Sabella, 60, tetapi dia masih belum memberikan jawapan.

Tindakan Sabella tidak memberikan jawapan itu dipercayai berlaku apabila dia turut ditawarkan kontrak untuk menggantikan Manuel Pellegrini di Manchester City.

Bagaimanapun, Sao Paulo bertindak menghubungi semula Sabella dan mendesak jurulatih terbabit memberikan jawapan sebelum Selasa.

Penawaran kontrak daripada dua kelab itu membuat Sabella berada dalam dilema sama ada akan ke Brazil atau England.

Jurulatih terbabit mungkin bimbang untuk terus menerima tawaran City kerana dia berisiko kehilangan jawatan jika prestasi kelab berkenaan bertambah teruk pada musim depan.

Manchester City, Sao Paulo

Artikel Sebelum

Artikel Lain