suria

Perkahwinan Andy Murray-Kim Sears Meriah

BINTANG tenis terkemuka, Andy Murray kini bergelar suami setelah berkahwin dengan kekasihnya, Kim Sears di kampung halamannya, Dunblane, Scotland.

Pada majlis itu, kereta pengantin putih yang membawa Kim tiba di bahagian belakang gereja Dunblane untuk mengelak daripada media dan orang ramai.

Pasangan tersebut bertukar ikrar di gereja abad ke-12 itu sebelum berjalan ke satu majlis kecil yang diadakan untuk ahli keluarga dan kawan rapat mereka.

Ratusan media dari seluruh dunia membuat liputan mengenai perkahwinan tersebut yang telah menarik perhatian dunia.

Juara Wimbledon dan terbuka Amerika itu hadir bersama abangnya, Jamie dan disambut meriah oleh orang ramai yang menghadiri majlis perkahwinannya.

Murray dilihat memakai pakaian tradisional Scotland, kilt biru dan hijau manakala isterinya kelihatan cantik dengan memakai gaun putih diselaputi kristal berserta kelubung panjang yang direka oleh Jenny Packham.

Ibu bapa Murray, Judy dan william hadir bersama datuk dan neneknya, Roy dan Shirley manakala bekas pemain nombor satu British, Tim Henman turut hadir bersama isterinya.

Loceng gereja dibunyikan sebagai tanda Murray dan Kim telah sah bergelar suami isteri dan keluar untuk meraikan hari istimewanya bersama orang ramai yang memenuhi jalan dari pintu gereja.

Pasangan itu meninggalkan tempat perkahwinan untuk resepsi di Cromlix, tempat yang dibeli oleh Murray pada 2013 dan dijadikan hotel mewah.

Pasangan itu meninggalkan gereja dengan menaiki sebuah kereta berwarna kelabu yang dihiasi dengan reben sambil disorak oleh orang ramai.





Andy Murray, Kim Sears

Artikel Sebelum

Artikel Lain