suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Burnley Beri Sedikit Kesukaran Buat Arsenal - Aaron Ramsey

Aaron Ramsey.

PENJARING tunggal Arsenal dalam perlawanan bersama Burnley awal pagi Ahad, Aaron Ramsey bersuara mengenai kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan lawan itu.

Ramsey mengakui bahawa permainan pada awal pagi Ahad di Turf Moor, Burnley agak sukar dan menjadikan ia sebagai perlawanan yang luar biasa.

Walaupun sebagai pasukan tetamu, Arsenal berjaya mengawal permainan ketika menentang Burnely. 

Ramsey yang meraih gol kemenangan Arsenal mengaku bahawa perlawanan menentang Burnley berlangsung dengan begitu mencabar.

Bagaimanapun Ramsey bersyukur pasukannya dapat mengatasi perlawanan sengit Burnley.

"Sememangnya ia merupakan salah satu perlawanan yang berat. Banyak pasukan kehilangan mata di sini. Namun, kami tampak teguh dan dapat mengatasi mereka dengan baik," kata Ramsey kepada BBC.

"Kami dapat merasai keadaan yang sukar, namun dapat beraksi dengan tenang di padang," kata pemain berusia 24 tahun itu.

Aaron Ramsey

Artikel Lain