suria

Doping: Tiada Keputusan Selepas Sesi Pendengaran Kes Chong Wei

Chong Wei (kanan) bersama peguamnya Mike Morgan dan Kenny Goh (kiri) selepas tamat sesi pendengaran pada Sabtu.
AMSTERDAM: Penantian menunggu nasib bekas pemain No.1 dunia Datuk Lee Chong Wei tampaknya berterusan apabila Persekutuan Badminton Dunia (BWF) gagal membuat keputusan selepas lapan jam sesi pendengaran berlangsung.


Tiga ahli panel bebas telah mendengar penjelasan mengenai kesalahan Chong Wei berkaitan dengan doping.

Keputusan dijangka dalam tempoh tiga minggu.

Bagaimana pun Chong Wei berkata, beliau gembira selepas sesi pendengaran ini berakhir.

“Saya tahu semua orang menanti keputusan, tetapi kita perlu tunggu. Pihak panel akan membuat keputusan dalam tempoh tiga minggu lagi.

“Saya gembira dengan  apa yang telah dibentangkan. Sekarang kita kena tunggu. Saya berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang terus memberi sokongan,” katanya.

Chong Wei tiba di Hotel Sheraton, Amsterdam kira-kira pukul 9.24 pagi Sabtu ditemani Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh untuk sesi pendengaran di hadapan tiga panel bebas BWF.

Jaguh badminton negara ini berdepan hukuman penggantungan selama dua tahun kerana gagal melepasi ujian doping sewaktu menyertai Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos tahun lalu.

Sampel air kencing Chong Wei didapati positif menggunakan bahan terlarang, dexamethasone.

Lee Chong We. doping, amsterdam

Artikel Berikut

Artikel Lain