suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jose Mourinho Mahu Jadi Seperti Alex Ferguson

JOSE MOURINHO mengakui sedang berusaha untuk menjadikan dirinya seperti lagenda Manchester United, Alex Ferguson.

Jurulatih kelahiran Portugal itu berkata, dia belajar untuk menjadi seperti Ferguson selepas pasukannya, Porto berjaya menewaskan United pada saingan Liga Juara-juara Eropah 2004.

Mourinho dan Ferguson kemudian bertemu dalam Liga Perdana Inggeris selepas Chelsea memilihnya untuk mengendalikan pasukan berkenaan.

Mourinho juga mendedahkan dia sedang belajar 'wajah' yang ada pada Ferguson iaitu menjadi lebih matang dan tenang ketika berada di tempat lawan.

"Terdapat dua 'wajah' pada lelaki itu. Pertama, adalah seorang pesaing dan kedua pula berusaha untuk memenangi setiap perlawanan.

"Saya menemui seorang jurulatih berprinsip, menghormati lawan, fair play - perkara itu sangat penting bagi saya.

"Dalam budaya saya di Portugal, Latin, kami tidak mempunyai budaya 'wajah' kedua.

"Kami berada dalam bola sepak untuk menang sahaja dan tiada 'wajah' kedua untuk sepanjang masa. Ketika kami menewaskan United, saya dapati terdapat 'wajah' kedua pada Ferguson yang sangat menarik.

"Saya cuba menjadi sepertinya, saya cuba," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain