suria

Hina Pengadil Dan Perancis, Ibrahimovic Digantung

BINTANG Paris Saint-Germain (PSG), Zlatan Ibrahimovic digantung empat perlawanan pada Khamis oleh Suruhanjaya Disiplin Liga Perancis selepas didapati bersalah mengkritik pengadil perlawanan pada bulan lalu.

Penyerang utama PSG itu dilapor hilang sabar dan mengkritik terbuka terhadap pengadil kepada media selepas pasukannya tewas 3-2 kepada Bordeaux pada 15 Mac lalu.

Ibrahimovic dikatakan telah menghina pengadil, Lionel Jeffredo dan pembantunya selain mengaitkan penghinaan itu dengan Perancis ketika ditemubual stesen TV selepas perlawanan.

Pemain yang terkenal dengan sikap angkuh itu kemudiannya meminta maaf secara terbuka apabila diminta melakukan demikian oleh menteri sukan Perancis.

Akibat pergantungan tersebut, Ibrahimovic bakal terlepas perlawanan melibatkan PSG menentang Nice, Lille, Metz dan Nantes.

Dia dijangka kembali untuk membantu skuad tersebut untuk mengharungi tiga perlawanan terakhir liga sahaja.

PSG, Bordeaux

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain