suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

McLaren Kelab Terakhir Fernando Alonso

FERNANDO ALONSO mendedahkan McLaren akan menjadi pasukan terakhirnya sebelum bersara daripada sukan Formula Satu (F1) dan menolak untuk menceburi bahagian pengurusan.

Juara Dunia dua kali itu menyertai pasukan McLaren pada awal musim setelah meninggalkan pasukan Ferrari.

Walaupun perjanjiannya bersama McLaren itu berkemungkinan bukan yang terakhir, dia menegaskan McLaren akan menjadi pasukan terakhirnya.

"Saya memulakan karier bersama McLaren pada usia tiga tahun.

"Saya akan menamatkan kerier saya bersama McLaren dan F1 akan menjadi satu pertiga daripada hidup saya dengan pengalaman yang hebat, serta kenangan dan persahabatan yang besar," kata pelumba Sepanyol itu.

Alonso juga menolak daripada memasuki bidang pengurusan apabila bersara daripada arena perlumbaan F1 kelak.

"Saya rasa selepas 16 atau 17 tahun dalam F1, apa yang akan terjadi, ia berhenti di situ.

"Saya akan menutup sebahagian daripada hidup saya itu," kata Alonso.

F1, McLaren

Artikel Lain