suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mercedes Tambah 'Ramuan' Halang Kebangkitan Ferrari

Toto Wolff

PASUKAN Mercedes dijangka akan menambah 'ramuan' dengan menggunakan program peningkatan terbaharu bagi menghalang kemaraan jentera Ferrari.

Hanya selepas dua minggu aksi satu-dua Lewis Hamilton dan Nico Rosberg pada Grand Prix Australia, pasukan Mercedes tewas di tangan pelumba Ferrari, Sebastian Vettel pada perlumbaan pusingan kedua di Litar Antarabangsa Sepang.

Keputusan itu dikatakan berpunca daripada pengubahsuaian material dalam program Ferrari F1 yang turut memberi impak kepada pencapaian 2014.

Mengenai persediaan Mercedes terhadap kebangkitan Ferrari,Pengarah Eksekutif Mercedes AMG Petronas, Toto Wolff berkata dia yakin dengan pasukan yang ada sekarang, tetapi mengakui perlu bertindak.

"Saya ada membaca mengenai Ferrari yang meningkatkan bajet mereka secara mendadak.

"Tetapi kami ada semua yang dikehendaki dan yakin dengan apa yang ada.

"Kami hanya perlu bertenang, teruskan peningkatan, letakkan sesuatu yang sesuai di jentera seperti yang dirancangkan.

"Tidak ada apa yang perlu panik. Kami berada di landasan yang betul," katanya.

Mercedes AMG Petronas, Ferrari

Artikel Lain