Malaysia Tewas 2-3 Di Tangan Juara Dunia Australia - Sukan | mStar

Malaysia Tewas 2-3 Di Tangan Juara Dunia Australia

Penjaga gol negara, S.Kumar berjaya menyelamatkan asakan pemain Australia, Jamie Dwyer dalam pertemuan Malaysia dan Australia pada hari kedua Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke 24. Bagaimanapun Malaysia tewas 2-3 kepada Australia.

IPOH: Malaysia mengalami kekalahan kedua pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-24, setelah tumpas 2-3 kepada Australia di Stadium Sultan Azlan Shah di sini, Isnin malam.

Namun, pujian harus diberikan kepada anak buah Tan Beng Hai kerana menampilkan persembahan memberangsangkan dan mampu memberi tentangan sengit, sebelum tewas kepada juara dunia itu.

Skuad Malaysia berjaya menyerap tekanan dan serangan bertali arus pasukan Australia untuk mengikat kedudukan tanpa jaringan pada babak pertama.

Benteng pertahanan skuad negara yang diketuai Muhammad Razi Abdul Rahim bekerja keras menghalang asakan penyerang Australia termasuk lima pukulan sudut penalti lawan.

Malaysia sepatutnya berada di hadapan pada minit ke-15, namun jaringan  Muhammad Ramadan Rosli dibatalkan pengadil kerana bola dikatakan terkena badan.

Bersambung babak kedua, Australia berjaya memecah kebuntuan apabila Jamie Dwyer menyempurnakan pukulan penalti pada minit ke-43 selepas penyerang Glenn Turner dikasari dalam kawasan D.

Dwyer terus bertindak cemerlang apabila menyumbat masuk gol kedua Australia pada minit ke-53.

Walaupun ketinggalan dua gol, ia sama sekali tidak mematahkan semangat pemain negara yang terus mengatur gerakan kemas ke arah kubu Australia.

Serangan balas pantas yang dilakukan pasukan Malaysia, akhirnya membuahkan hasil apabila Muhammad Firhan Ashaari menjaringkan gol pertama negara pada minit ke-57.

Namun, pukulan deras Dylan Wotherspoon pada minit ke-59 berjaya menewaskan penjaga gawang negara S. Kumar buat kali ketiga.

Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil kemudian berjaya merapatkan kedudukan pada minit yang sama, namun jaringan 2-3 itu kekal sehingga wisel penamat.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan itu, Beng Hai berkata walaupun tewas, beliau berpuas hati dengan prestasi skuad negara malam ini.

Malaysia yang tumpas 2-4 kepada New Zealand pada aksi pertama semalam, akan berdepan India pada Rabu ini.

"Saya berharap kesemua pemain dapat mempamerkan persembahan yang lebih bagus  apabila menentang India pada Rabu ini," kata Beng Hai.

Sementara itu, pada perlawanan yang berlangsung di venue sama petang tadi, Korea Selatan meraih kemenangan pertama apabila mengalahkan Kanada 3-1, manakala New Zealand menewaskan India 2-1.

Esok adalah hari rehat dan kejohanan itu akan bersambung Rabu ini.-- Bernama



Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain