suria

Cristiano Ronaldo Hanya Penyerang Ke-29 Terbaik Di Eropah

PEMENANG anugerah Ballon d'Or, Cristiano Ronaldo disenaraikan penyerang ke-29 terbaik Eropah, mengikut kajian terbaru.

Kajian oleh Pemantau CIES yang berpangkalan di Switzerland melibatkan lima liga di Eropah iaitu  Liga Perdana Inggeris , Bundesliga, Serie A, Ligue 1 dan La Liga.

Dalam senarai itu, Lionel Messi yang merupakan musuh Ronaldo diangkat sebagai penyerang terbaik Eropah sebelum disusuli dengan Arjen Robben dan Bas Dost.

Tidak cukup dengan itu, Ronaldo, 29, yang merupakan ahli sukan terkaya turut diletakkan di belakang Olivier Giroud dan Harry Keane.

Selain itu, bagi senarai pemain tengah serangan terbaik Eropah, Mesut Ozil berada di kedudukan pertama iaitu dihadapan Eden Hazard - arkitek kepada kejayaan Chelsea yang menguasai Liga Perdana Inggeris setakat ini.

Menurut kajian itu, pemilihan pemain dibuat berdasarkan faktor mencipta peluang dalam perlawanan, cubaan ke arah gol, hantaran, pemulihan, ketelitian dan merampas bola.

Bagi pemain tengah pertahanan terbaik, kajian itu meletakkan Nuri Sahin dari Liverpool sebagai pemain terbaik diikuti Paul Pogba di tempat kedua.

Pemain pertahanan terbaik pula menjadi milik Gael Clichy dan kedudukan keduanya diisi oleh Marcelo Vieira.

Berikut merupakan senarai penuh:




Cristiano Ronaldo, Lionel Messi

Artikel Berikut

Artikel Lain