suria

Neymar Belum Berhasrat Ke Liga Perdana Inggeris

Neymar.

BINTANG Barcelona, Neymar mengakui kagum dengan prestasi pemain, Alexis Sanchez bersama Arsenal. Bagaimanapun, Neymar masih belum berhasrat untuk mengikut jejak langkah sahabatnya itu di Liga Perdana Inggeris.

Ketika di Barcelona, Neymar dan Sanchez dikenali sebagai sahabat baik. Namun, kedua-duanya hanya bersama selama satu musim sebelum Sanchez berpindah ke Arsenal pada musim panas lalu.

Walaupun tidak lagi sebagai rakan sepasukan, anak kelahiran Brazil itu mengakui masih bersahabat dengan Sanchez. Bagaimanapun, dia masih belum mahu untuk berhadapan dengan cabaran baharu seperti Sanchez di Liga Perdana Inggeris.

"Alexis adalah seorang sahabat yang penting dan saya mendapat penghormatan apabila bermain bersamanya di Barcelona. Dahulu, kami berdua memang akrab di dalam dan luar padang. Jadi, saya turut senang melihat dia bermain dengan baik di Arsenal," kata Neymar.

"Namun, untuk bermain di Liga Perdana Inggeris, saya rasa sekarang saya sangat selesa di Barcelona dan perjalanan saya di sini masih panjang," kata Neymar.

Neymar, Barcelona, Alexis Sanchez

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain