suria

Aksi ARRC 2015 Dibuka Dengan Ujian Pra Musim Di SIC

KUALA LUMPUR: Hampir tiga bulan berehat sebaik sahaja tamat pusingan terakhir di Qatar Disember lalu, saingan perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC)  bakal membuka tirai dengan sesi ujian pra-musim tahun ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada bermula 1-3 April ini.


Edisi ke-20 perlumbaan berprestij Asia ini ini dijangka lebih hangat dengan menyaksikan dua kumpulan kelas baharu diperkenalkan bersama-sama tiga kelas sedia ada SuperSports 600cc, Underbone 130cc dan Asia Dream Cup (ADC). 

Kelas yang bakal diperkenalkan pada musim ini ialah Asia Production 250cc (AP250) dan Cabaran Suzuki Asia (SAC) yang menyaksikan kira-kira 103 pelumba akan mengambil bahagian dalam sesi ujian pra-musim minggu ini.

Kategori AP250 merupakan kelas perlumbaan 250cc terbuka dengan peraturan perlumbaan yang digaris membolehkan jentera 250cc Honda, Kawasaki dan Yamaha akan berada dalam satu perlumbaan.

Kelas ini juga bakal menggunakan tayar dari satu pengeluar iaitu rakan penaja kejuaraan selama ini, Dunlop.

Sementara itu perlumbaan kelas SAC akan menggunakan jentera Suzuki FU150 yang juga merupakan usaha Suzuki untuk melahir dan membangunkan pelumba-pelumba di rantau Asia.

Perlumbaan pembuka musim akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia pada 16 hingga 19 April diikuti Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia (4 hingga 7 Jun) sebelum kontinjen ARRC bertandang ke Litar Suzuka, Jepun yang akan menjadi hos bagi pusingan ketiga pada 1-5 Julai.

Litar Buriram, Thailand akan menjadi venue perlumbaan pusingan keempat pada 27 hingga 30 Ogos dan hos pusingan terakhir pada 2 hingga 6 Disember manakala perlumbaan malam di Litar Antarabangsa Losail, Qatar menjadi hos pusingan kelima pada 30 September hingga 3 Oktober. 


Jadual Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) 2015 

Pusingan 1, Sepang, Malaysia – 16-19 April

Pusingan 2, Sentul, Indonesia – 4-7 Jun

Pusingan 3, Jepun – 1-5 Julai

Pusingan 4, Buriram, Thailand  - 27-30 Ogos

Pusingan 5, Losail, Qatar – 30 September-3 Oktober

Pusingan 6, Buriram, Thailand – 3-6 Disember 

ARRC, ujian pra-musim

Artikel Sebelum

Artikel Lain