suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Badminton: Wakil Tunggal Perseorangan Lelaki Kandas, Beregu Wanita Mara

Pasangan beregu utama wanita negara mencatat kemenangan ke atas pasangan dari Thailand pada aksi pusingan pertama, Rabu.
KUALA LUMPUR: Harapan untuk menyaksikan aksi  tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia musnah selepas Zulfadli Zulkifli tewas kepada pemain China, Tian Houwei di Stadium Putra Bukit Jalil pada Rabu.

Pemain dari Kelab Raket Kuala Lumpur (KRLC) yang berada di ranking ke-48 dunia ini tersungkur straight set,  21-5, 21-7 dalam tempoh 33 minit kepada Houwei. 

Dengan kekalahan tersebut menyaksikan tiada lagi wakil dalam saingan acara perseorangan lelaki yang memberi suasana kejohanan hambar berbanding tahun-tahun sudah tambahan pula dengan ketiadaan jaguh badminton utama negara, Datuk Lee Chong Wei yang kini dalam tempoh penggantungan berkaitan doping. 

Pun begitu, aksi kental pasangan utama beregu wanita menjadi penyelamat skuad negara untuk terus mara ke pusingan kedua apabila Vivian Kah Mun Hoo/Woon Khe Wei mengukir kemenangan secara rubber-set ke atas pasangan Thailand, Puttita Supajirakul/Sapsiree Taerattanachai.

Tewas pada set pertama tidak menghalang pasangan beregu negara yang kini berada di ranking-16 dunia untuk bangkit menguasai dua set permainan terakhir dalam tempoh 1 jam 07 saat.

Kemenangan yang dicatat Vivian-Khe Wei itu amat bermakna buat mereka kerana dalam pada sama terpaksa mengetepikan perasaan sedih dengan ketiadaan jurulatih Rosman Razak yang membuat keputusan tidak menyambung kontrak baharu bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

“Ini merupakan perlawanan pertama kami dan tanpa jurulatih Rosman. Bagaimana pun keputusan ini dianggap permulaan yang baik dalam kempen kejohanan dan kami mahu menang untuk negara, diri sendiri serta jurulatih,” jelas Vivian sebaik sahaja perlawanan berakhir.

Katanyanya, mereka terpaksa melalui kejohanan pertama ini tanpa jurulatih dan tidak menghalang perasaan sedih untuk mendapatkan keputusan terbaik.

“Kami berharap untuk menjuarai kejohanan ini walaupun sedar saingan berliku selepas ini,” tambah Vivian.

Kejayaan dalam acara beregu wanita turut diukir dengan sepasang lagi wakil negara melalui Amelia Alicia Anscelly/Soong Fie Cho dengan menyingkirkan pasangan dari Belanda  Samantha Barning /Iris Tabeling 21-13 21-17.

Manakala dalam acara beregu campuran, Wong Fai Yin/Chow Kei Kuan gagal menyekat permainan pantas beregu campuran selaku pilihan ketiga kejohanan dari China Xu Chen/Ma Jin dengan mata 21-13, 21-8.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain