suria

Mat Hummels Sedia Tinggalkan Borussia Dortmund

MANCHESTER UNITED mendapat 'lampu hijau' dalam usahanya membida pertahanan Borussia Dortmund, Mats Hummels yang bernilai £35 juta.

Usaha panjang United itu bakal membuahkan hasil apabila Hummels yang merupakan pertahanan Jerman belum menentukan masa depan di Borussia dan sedia keluar dari Bundesliga.

Hummels merupakan pemain pertahanan paling dikehendaki oleh pengendali United, Louis van Gaal sejak jurulatih itu tiba di Manchester.

Van Gaal gagal untuk membawa Hummels ke United pada awal Julai tahun lalu, namun tetap berusaha memikat pemain berusia 26 tahun itu.

Hummels memberitahu majalah Kicker," saya telah melakukan banyak perbincangan dengan pihak atasan kelab, mereka memaklumkan bahawa saya merupakan faktor penting dalam pasukan. Tetapi saya belum membuat sebarang keputusan setakat ini.

"Pada dasarnya... saya berfikir, penghijrahan keluar mungkin lebih baik untuk karier dan diri sendiri. Termasuk meninggalkan Bundesliga.

"Saya lebih terbuka tentang ini kerana saya bukan jenis yang mendakwa akan kekal di kelab tetapi akhirnya melakukan perpindahan secara tersembunyi."

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain