suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Louis Van Gaal Sedia 'Borong' Bintang Dunia

LOUIS VAN GAAL dilaporkan akan terus berbelanja besar untuk mendapatkan pemain terbaik dunia pada akhir musim ini dalam usaha mengembalikan kegemilangan Manchester United.

Berikutan itu jurulatih kelahiran Belanda terbabit akan mendapatkan pemain muda berbakat dan bintang dunia mengikut polisi yang ditetapkan United.

Dailymail Online melaporkan, United kini menyenaraikan pertahanan Borussia Dortmund, Mats Hummels, 26, sebagai sasaran utama, diikuti dengan bekas pemain mudanya yang kini berada di Juventus, Paul Pogba.

Selain itu, Van Gaal dilapor akan meneruskan usahanya mendapatkan Kevin Strootman, 25, dari Roma selepas menangguhnya selama setahun akibat kecederaan lutut yang dialami pemain terbabit.

Keinginan United untuk mendapatkan pemain kebangsaan Wales yang berada di Real Madrid pula kelihatan kabur apabila, Gareth Bale menegaskan untuk kekal di kelab terkaya dunia itu.

Van Gaal selain itu turut mensasarkan pertahanan tengah Barcelona, Dani Alves untuk memperkuatkan benteng skuadnya yang rapuh pada musim ini.

Bagaimanapun usaha bekas jurulatih Barcelona akan diketahui selepas Liga Perdana Inggeris musim ini melabuhkan tirainya



 
Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain