suria

Radamel Falcao Jaring Dua Gol Dalam Empat Minit

PENYERANG yang sering memanaskan bangku simpanan Manchester United, Radamel Falcao membuktikan ketajaman penyudahnya kepada Louis van Gaal selepas berjaya menghasilkan gol berharga buat Colombia pada malam Khamis.

Ketika mewakili negaranya, Colombia menentang Bahrain, Falcao berjaya menjaringan dua gol dalam tempoh empat minit.

Pemain yang dipinjam United itu menjaringkan gol kedua dan ketiga ketika Colombia membelasah Bahrain 6-0 di tempat lawan.

Penyerang berusia 29 tahun yang disebut bakal digugurkan daripada skuad Van Gaal pada musim depan tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama United sejak 28 Februari lalu kerana gagal menghasilkan gol.

Dalam perlawanan itu, gol pertama Falcao hadir selepas dia berjaya menolak masuk hantaran rakan sepasukan pada minit ke-14.

Manakala jaringan keduanya yang merupakan gol ketiga Colombia terhasil apabila ketua pasukan tersebut merembat masuk hantaran Carlos Bacca.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain