suria

Kelayakan Euro 2016: Sturridge Terlepas Aksi England Lawan Lithuania

PENYERANG Liverpool, Daniel Sturridge terkeluar daripada senarai skuad England menjelang perlawanan Kelayakan Euro 2016 gara-gara mengalami kecederaan.

Pemain  berusia 25 tahun itu mendapat kecederaan paha ketika aksi tewas 2-1 kepada Manchester United Ahad lalu.

Sturridge menjadi pemain kedua yang digugurkan daripada skuad The Three Lions dalam tempoh 24 jam selepas Adam Lallana turut berdepan dengan masalah kecederaan.

Dan Ryan Mason dipanggil menggantikan Lallana.

Dengan ketiadaan Sturridge ini, pengurus England Roy Hodgson dilihat berminat untuk memanggil pemain sensasi Tottenham Harry Kane.

Pemain muda berusia 21 tahun itu berjaya menempatkan diri dalam skuad senior, namun dengan 19 jaringan ketika Liga Perdana Inggeris dalam 27 perlawanan musim ini, pastinya Kane menjadi tumpuan utama.

England berada dalam Kumpulan E mencatat empat kemenangan sebelum ini bakal menerima kunjungan Lithuania di Wembley Jumaat sebelum aksi persahabatan bertemu Itali di Turin empat hari kemudian.

Daniel Sturridge, England, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain