suria

Pasukan Eropah Ungguli Piala Dunia - UEFA

BENUA Eropah masih mendahului senarai pasukan terbanyak yang menyertai Piala Dunia dan Presiden Persatuan Bola Sepak Eropah (FIFA), Sepp Blatter menggesa benua lain supaya meningkatkan prestasi untuk menambah pasukan masing-masing dalam kejohanan berprestij itu.

Setakat ini, Eropah mencatatkan sebanyak 13 dari 32 tempat untuk Piala Dunia dan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Gianni Infantino berkata, 13 tempat tersebut akan terus dikekalkan atau mungkin ditambah satu lagi tempat.

"Kalau dilihat pada kedudukan pasukan terbaik dunia, 19 daripada 32 negara tersebut adalah dari Eropah dan tiga edisi Piala Dunia sebelum ini juga dimenangi oleh pasukan dari benua sama," kata Infantino.

Beliau berpendapat, adalah wajar dan adil untuk FIFA menambah satu lagi tempat.

"Bagi menjadi juara dunia sebenar, pertandingan itu perlu dibarisi pasukan hebat dan saya tidak boleh bayangkan Piala Dunia dengan bilangan pasukan Eropah yang sedikit.

"Walau apa pun perbincangan atau spekulasi yang dibuat, bilangan minimum bagi pasukan Eropah untuk menyertai Piala Dunia adalah mengikut kadar yang ditetapkan." tambah beliau.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Bundesliga

Artikel Lain