suria

Valencia Akan Bida Juan Mata £20 Juta

KELAB Sepanyol, Valencia ingin mendapatkan semula pemain tengah Manchester United, Juan Mata yang pernah menyarung jersi skuad itu dengan bidaan sebanyak £20 juta.

Valencia yang dimiliki oleh Peter Lim dan Presidennya, Amadeo Salvo dilapor telah ke Manchester pada minggu lalu untuk menyampaikan misi mereka mendapatkan Mata.

Mata, 26, berjaya membantu United menang selesa 3-0 ke atas Tottenham Hotspur pada Ahad lalu selepas dua bulan tidak diturunkan sebagai pemain utama.

Mata yang dibeli pada harga £37 juta pada Januari 2014 tidak menjadi pilihan utama di bahagian tengah kelab gergasi England itu selepas ketibaan bekas pemain Real Madrid, Angel di Maria.

Selain Valencia, Mata turut diminati kelab kaya Perancis, Paris Saint-Germain yang turut dilapor akan cuba membida pemain berkenaan.

Bagaimanapun, Valencia dikakakan akan berusaha mendapatkan Mata demi penyokong mereka yang mahukan pemain itu kembali beraksi di kelab asalnya.

Valencia, Juan Mata

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain