suria

Man United Berusaha Dapatkan Ronaldo, Bale

MANCHESTER UNITED dilapor berminat untuk mendapatkan dua bintang Real Madrid iaitu Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale yang bernilai £165 juta pada akhir musim ini.

Berikutan itu, United kini sedang bersiap sedia untuk merealisasikan pemindahan mega itu yang menjadi usaha Louis van Gaal dalam mendapatkan pemain bertaraf bintang.

Penulis Sky Sport, Graham Hunter dipetik berkata, United kini sedang bekerja keras untuk mencapai persetujuan daripada kedua-dua pemain termasuk kelab gergasi Sepanyol berkenaan.

"United berfikir mereka mempunyai peluang dan kelebihan untuk membeli Ronaldo.

"Pada pendapat saya, kita perlu tunggu dan lihat kerana Ronaldo mungkin akan bersetuju untuk pulang ke United.

"Kedua-dua kelab di Manchester (termasuk Manchester City) akan cuba melakukan perkara sama, mereka akan cuba mendapatkan Bale juga," jelasnya.

Menurut laporan Daily Express, Ronaldo dan Bale boleh dibeli oleh United dengan nilai sebanyak £165 juta.

Manchester United, Real Madrid

Artikel Lain