suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Badminton: Frost Letak Sasaran Baharu Kepada Semua Pemain

PETALING JAYA: Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost mengakui ada meletak sasaran baharu kepada semua pemain sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Prestasi setiap pemain akan dinilai. Saya tidak boleh datang ke sini jika selepas sepuluh hari membuat keputusan untuk menggugurkan pemain.

"Semua akan diberi peluang yang adil," jelasnya.

Pun begitu, Frost memberitahu cabaran utama adalah menyelesaikan isu yang berkaitan dengan jurulatih.

"Selesaikan masalah yang melibatkan semua jurulatih terlebih dahulu, kemudian baharulah kita akan meletakkan sasaran untuk pemain.

"Dari situ kita akan tahu ke mana mereka sepatutnya pergi dalam tempoh yang ditetapkan.

"Malah jurulatih-jurulatih juga perlu ada sasaran untuk dicapai.

"Kita tidak akan menemui pemain seperti Lee Chong Wei dalam tempoh tiga atau empat bulan.

"Kami akan menetapkan satu sasaran yang adil untuk semua orang, jadi ia boleh dicapai dalam tempoh yang  bersesuaian," jelasnya.

Morten Frost, BAM

Artikel Lain