suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dick Advocaat Dilantik Pengurus Sunderland Hingga Akhir Musim EPL

Dick Advocaat. Foto AFP

SUNDERLAND akhirnya secara rasmi memperkenalkan Dick Advocaat sebagai pengurus baharu sementara buat kelab Liga Perdana Inggeris pada Selasa sehingga akhir musim ini.

Bekas jurulatih bagi skuad kebangsaan Belanda itu mengambil alih jawatan itu selepas sehari pemecatan Gus Poyet pada Isnin selepas skuad bimbingannya tewas 4-0 kepada Aston Villa baru-baru ini.

Pengerusi kelab, Ellis Short berkata, pihaknya kini mempunyai satu tujuan iaitu membawa kemuncak dalam liha dan memfokuskan semua peranan untuk melangkah ke hadapan.

Sementara itu, Advocaat, 67, mengakui beliau sudah tidak sabar lagi untuk memulakan tugas pertamanya di Liga Perdana Inggeris.

Poyet dipecat selepas pasukan itu hanya memperoleh satu kemenangan daripada 12 perlawanan Liga Perdana Inggeris, yang membuat Sunderland berada pada kedudukan ke-17.

Pasukan itu hanya berbeza satu mata dengan Burnley yang berada pada kedudukan ke-18. 

Pada masa ini, Advocaat perlu segera mempersiapkan pasukannya untuk bertembung dengan West Ham akhir minggu ini.

"Sunderland merupakan kelab yang besar dan saya amat menantikan saat untuk membawanya ke hadapan," kata pengurus kelahiran Belanda itu.

Dick Advocaat, Sunderland

Artikel Sebelum

Artikel Lain